Nanta terus komited sokong pembangunan komuniti Kapit

Facebook
WhatsApp
UCAPAN….Nanta ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek bagi kawasan Parlimen P215 Kapit, hari ini.

KAPIT: Sebanyak 30 penerima di kawasan Parlimen Kapit menerima sumbangan berjumlah RM315,000 hari ini.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, sumbangan tersebut melibatkan pelbagai penerima yang memerlukan sokongan bagi menjayakan aktiviti serta pembangunan komuniti di kawasan berkenaan.

NANTA meluangkan masa beramah mesra bersama para penerima cek pada majlis yang berlangsung hari ini.

Menurutnya, bantuan itu diharap dapat membantu memperkukuhkan pelaksanaan program, aktiviti kemasyarakatan serta inisiatif pembangunan di peringkat akar umbi.

“Saya percaya sokongan seperti ini amat penting dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terus dipelihara, di samping memperkasakan komuniti setempat agar terus maju dan berdaya saing,” katanya.

MANFAATKAN SEBAIKNYA….Nanta menyerahkan cek pada salah seorang penerima.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek bagi kawasan Parlimen P215 Kapit, hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir serta sentiasa memberi kerjasama dalam usaha membangunkan kawasan tersebut (Parlimen Kapit).

UNTUK KENANGAN…..Nanta merakam kenangan bersama para penerima cek bagi kawasan Parlimen P215 Kapit, hari ini.

“Semoga bantuan ini memberi manfaat kepada semua penerima,” ujarnya.

Oleh Akun Giman