DILANDA BANJIR...kelihatan kenderaan pacuan empat roda tersadai selepas gagal mengharungi jalan raya memasuki bandar Limbang.
LAWAS: Bandar Limbang di utara Sarawak ditengelami banjir kilat selepas hujan berterusan sejak petang semalam hingga awal pagi ini.
Beberapa perkongsian daripada penduduk di bandar Limbang jelas menunjukkan limpahan air sungai Limbang telah menengalami kawasan bandar sedalam setengah hingga satu meter.
Turut terjejas ialah beberapa premis perniagaan dan lokasi tapak Bazar Ramadan yang turut dilimpahi air susulan banjir kilat tersebut.
Sementara itu suasana lembab turut dialami Daerah Lawas apabila hujan turun sejak tengah malam tadi hingga awal pagi ini.
Bagaimanapun, air di Sungai Lawas masih berada pada paras berjaga-jaga, tetapi kawasan pekan Sundar yang terletak di bawah paras laut dijangka terkesan dengan hujan renyai yang berterusan ke hari ini.
Oleh Adeng Idris