Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lapangan Terbang Dubai atur lebih 1,000 penerbangan ketika krisis
  • SEMASA

Lapangan Terbang Dubai atur lebih 1,000 penerbangan ketika krisis

Utusan Sarawak 18 hours ago
LAPANGAN terbang di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengatur lebih 1,140 penerbangan sepanjang 84 jam lepas untuk membantu pengembara pulang ke tanah air.

DUBAI: Lapangan terbang di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengatur lebih 1,140 penerbangan sepanjang 84 jam lepas untuk membantu pengembara pulang ke tanah air walaupun berlakunya gangguan penerbangan serantau, lapor Xinhua.

Penerbangan dikendalikan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, menurut Dubai Airports, syarikat pengendali milik kerajaan.

Antara Isnin hingga Khamis, lebih 500 penerbangan berlepas dari kedua-dua lapangan terbang tersebut, menyediakan kira-kira 105,000 tempat duduk penerbangan pergi kepada penumpang yang melibatkan perjalanan ke lebih 80 negara dan jumlah itu terus meningkat setiap hari.

Dubai Airports memaklumkan penerbangan tambahan dimasukkan ke dalam jadual setiap hari dan menasihati pengembara untuk menyemak status penerbangan terkini secara terus dengan syarikat penerbangan mereka.

Ruang udara merentasi beberapa bahagian di Asia Barat dihadkan selepas Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada hujung minggu, mendorong serangan balas dan langkah berjaga-jaga penerbangan. 

UAE dilaporkan telah menutup sebahagian ruang udaranya sebagai langkah berjaga-jaga.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aidilfitri: Bekalan makanan asas seluruh negara mencukupi
Next: Peniaga di pasar stutong terjejas akibat gangguan bekalan air berulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.