Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 310 bakul makanan diserah kepada golongan memerlukan sempena Ziarah Kasih Ramadan di Kabong
  • SEMASA

310 bakul makanan diserah kepada golongan memerlukan sempena Ziarah Kasih Ramadan di Kabong

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Program Ziarah Kasih Ramadan 2026 yang diadakan di kawasan DUN Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Seramai 310 penerima daripada golongan memerlukan menerima bantuan bakul makanan menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan 2026 yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, program tersebut merupakan inisiatif kebajikan yang dilaksanakan bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan sepanjang Ramadan.

Menurutnya, penerima bantuan terdiri daripada warga emas, ibu tunggal serta Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenal pasti memerlukan bantuan bagi menghadapi Ramadan dengan lebih selesa.

DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Program Ziarah Kasih Ramadan 2026 yang diadakan di kawasan DUN Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

“Sebanyak 310 bakul makanan telah diserahkan kepada 310 penerima sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan di kawasan Kabong.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban mereka, malah menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pemimpin masyarakat dan penduduk setempat,” katanya.

Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh beliau sendiri dalam satu program yang turut menghimpunkan pemimpin masyarakat serta wakil pertubuhan setempat.

Program berkenaan merupakan anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong, Pergerakan Wanita PBB dan Pergerakan Belia PBB Kabong dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Beliau berkata, penganjuran program itu juga bertujuan menyemai semangat prihatin dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam kesempatan sama, Chee Kadir turut menziarahi keluarga Allahyarham Mat Bujang serta keluarga Allahyarham Drahman BmMari sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga mereka.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fridah Osman Adenan; Naib Ketua Cawangan PBB Kabong, Maini Spawi; Ketua Pergerakan Pemuda PBB Kabong, Abd Rahim Peli; Ketua Pergerakan Wanita PBB Kabong, Nur Ain Abdullah; serta Ketua Pergerakan Belia PBB Kabong, Mohamad Firdaus Shamsudin.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Konflik Asia Barat: Kerajaan komited bawa pulang rakyat Malaysia terkandas secara berperingkat
Next: Aidilfitri: Bekalan makanan asas seluruh negara mencukupi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.