Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek kompleks RTM Bintulu diteruskan selepas tender semula
  • Utara
  • WILAYAH

Projek kompleks RTM Bintulu diteruskan selepas tender semula

Utusan Sarawak 14 hours ago
UCAPAN… Teo Nie Ching menyampaikan ucapan semasa sesi taklimat berkaitan projek pembangunan infrastruktur penyiaran di Bintulu.

BINTULU: Projek pembinaan kompleks Radio Televisyen Malaysia (RTM) Bintulu diteruskan semula selepas melalui proses tender terbuka sebagai usaha memperkukuh kemudahan penyiaran di wilayah tengah Sarawak.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, projek berkenaan melibatkan kos kontrak RM17.77 juta dan telah dianugerahkan kepada Laras Jaya Construction Sdn. Bhd.

Menurut beliau, projek tersebut sebelum ini merupakan projek sakit selepas kontrak asal yang bermula pada 2020 ditamatkan berikutan kemajuan fizikal yang tidak mencapai sasaran ditetapkan.

SIDANG MEDIA… Teo Nie Ching pada sidang media selepas majlis Penyerahan SST bagi tiga projek di bawah RTM Sarawak yang berlangsung di JKR Bahagian Bintulu hari ini.

“Dengan pelantikan kontraktor baharu, kita berharap projek ini dapat diteruskan dengan lebih lancar supaya kemudahan kompleks RTM Bintulu dapat digunakan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi tiga projek di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sarawak yang berlangsung di Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu hari ini.

TEO Nie Ching meneliti maklumat projek bersama pegawai teknikal semasa lawatan tapak bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan.

Tambahnya, selain projek kompleks RTM Bintulu, kementeriannya turut melaksanakan dua projek pembinaan kuarters RTM di Sri Aman dan Sibu bagi meningkatkan kemudahan serta keselesaan kakitangan penyiaran.

Katanya, projek kuarters RTM Sri Aman bernilai RM9.99 juta dianugerahkan kepada Dema Tega Sdn. Bhd., manakala projek kuarters RTM Sibu bernilai RM8.87 juta dilaksanakan oleh Crest Engineering Sdn. Bhd.

Menurut beliau, kedua-dua projek tersebut melibatkan pembinaan masing-masing 16 unit kuarters yang terdiri daripada lapan unit kelas F dan lapan unit kelas G.

TEO Nie Ching bersama pegawai kementerian, JKR dan agensi berkaitan rakam kenangan selepas lawatan kerja meninjau perkembangan projek naik taraf Kompleks RTM Sarawak di Bintulu.

Jelasnya, ketiga-tiga projek tersebut telah bermula pada Februari lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos 2027.

Beliau berharap, pelaksanaan projek berkenaan dapat dipantau secara rapi oleh agensi berkaitan bagi memastikan kemajuan kerja berjalan lancar serta memberi manfaat kepada warga RTM di Sarawak.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat terima kunjungan persatuan masyarakat Miri
Next: Feri Nanga Tulie tingkat keterhubungan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.