Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Spurs makin tertekan
  • SUKAN

Spurs makin tertekan

Utusan Sarawak 12 hours ago

Micky van de Ven (kiri) dilayangkan kad merah ketika aksi Tottenham Hotspur menentang Crystal Palace di Stadium Tottenham Hotspur. — Foto AFP

LONDON: Tottenham Hotspur semakin hampir ke zon penyingkiran selepas tewas 1-3 kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi ini.

Gol awal Dominic Solanke tidak mampu menyelamatkan Spurs apabila tiga jaringan pantas Palace dalam tempoh 12 minit menerusi Ismaila Sarr (dua gol) dan Jorgen Strand Larsen memusnahkan harapan tuan rumah.

Keadaan bertambah buruk apabila pertahanan Spurs, Micky van de Ven dilayangkan kad merah selepas mengasari Sarr yang kemudian menyempurnakan sepakan penalti.

Kekalahan itu menyaksikan pasukan kendalian Igor Tudor kini berada di tangga ke-16, hanya satu mata di atas zon penyingkiran selepas lima kekalahan liga berturut-turut.

Spurs kini berdepan risiko penyingkiran mengejut dengan sembilan perlawanan berbaki musim ini.- AFP

Continue Reading

Previous: Slot kecewa Liverpool terus dihimpit kecederaan
Next: All England 2026: Aaron-Wooi Yik bakal bertemu rakan senegara Wei Chong-Kai Wun pada suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.