Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Subahat rasuah RM2.8 juta: Pembelaan tutup kes selepas Zizie Izette selesai beri keterangan
  • MAHKAMAH

Subahat rasuah RM2.8 juta: Pembelaan tutup kes selepas Zizie Izette selesai beri keterangan

Utusan Sarawak 7 hours ago
BALU Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi prosiding membela diri terhadap tuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan kelulusan FELCRA bagi pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan dalam kes Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, yang berdepan tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad, menutup kesnya selepas pelakon itu selesai memberi keterangan hari ini.

Peguam Datuk Seri K. Kumaraendran memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad selepas anak guamnya selesai memberikan keterangan selaku saksi pembelaan kedua.

Rosli kemudian menetapkan 24 April ini untuk pendakwaan memfailkan hujahan bertulis dan 8 Mei bagi hujahan balas pihak pembelaan, serta 18 Mei bagi mendengar hujah kedua-dua pihak.

Balu bekas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin itu berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya bagi memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM2.8 juta.

Pada 16 Januari lepas, Mahkamah Sesyen membebaskan Bung Moktar daripada ketiga-tiga pertuduhan selepas pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap ahli politik itu yang meninggal dunia pada 5 Dis 2025.

Sebelum ini, Bung Moktar mula memberi keterangan pada 2 September 2025 selepas pasangan suami isteri itu gagal mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan mereka membela diri.

Pada 18 November 2024, Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan pasangan itu oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 2 September 2022, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan selepas memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi suaminya mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Bagi pertuduhan kedua, Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktar untuk memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM262,500 Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas namanya bagi tujuan serupa.

Beliau juga dituduh bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM337,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas namanya bagi tujuan sama.

Zizie Izette didakwa melakukan semua kesalahan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini pada 12 Jun dan 19 Jun 2015 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,

Jika sabit kesalahan, pelakon itu berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas Pengarah SRC tidak tahu pemindahan RM42 juta kepada Najib, mahkamah diberitahu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.