Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita diselamatkan polis selepas kenderaan terbakar di Miri
  • KEMALANGAN

Wanita diselamatkan polis selepas kenderaan terbakar di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
TINDAKAN PANTAS… Anggota MPV IPD Miri yang bertindak segera memadam kebakaran pada kenderaan di kawasan Pelita Commercial Centre, Miri, malam tadi. Foto IPD Miri

MIRI: Seorang wanita yang sedang tidur di dalam kenderaan berjaya diselamatkan selepas kenderaan tersebut terbakar dalam satu kejadian di kawasan Pelita Commercial Centre, di sini, malam tadi.

Mangsa diselamatkan hasil tindakan pantas anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri yang segera memadam kebakaran pada kenderaan berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian.

Kejadian berlaku semasa anggota MPV sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan yang ternampak kenderaan jenis Proton Saga parkir hadapan premis KE Frozen dalam keadaan berasap di bahagian hadapan, manakala api sedang menyala di bahagian bawah kenderaan tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang wanita yang sedang tidur di tempat duduk pemandu di dalam kenderaan berkenaan.

TINDAKAN PANTAS… Anggota MPV IPD Miri yang bertindak segera memadam kebakaran pada kenderaan di kawasan Pelita Commercial Centre, Miri, malam tadi. Foto IPD Miri

Anggota MPV bertindak segera mengejutkan pemandu tersebut dan membawanya keluar dari kenderaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Anggota MPV seterusnya berjaya memadamkan kebakaran daripada terus merebak dengan menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik serta tidak tidur di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup kerana boleh mengundang risiko kebakaran dan membahayakan keselamatan diri.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan kenderaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kenderaan terbabas, langgar tiang lampu di Miri
Next: Kereta terbabas masuk parit, lelaki cedera ringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.