
PETRA JAYA: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak yang diketuai Pengarahnya, Sabri Said di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.
Dalam pertemuan itu, JAPEN Sarawak membentangkan Profil Jabatan, Pejabat Penerangan Daerah serta program dan inisiatif komunikasi 2026 yang melibatkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan JAPEN Sarawak, khususnya dalam memperluas penyampaian maklumat kerajaan dan hebahan program pembangunan kepada rakyat.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Timbalan Pengarah JAPEN Sarawak, Kestury Mohammed Zamhari serta beberapa pegawai kanan daripada JAPEN Sarawak dan UKAS.
-UKAS