Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki warga Indonesia ditahan miliki dadah di Betong
  • JENAYAH

Dua lelaki warga Indonesia ditahan miliki dadah di Betong

Utusan Sarawak 9 hours ago
DUA lelaki warga Indonesia berusia 19 dan 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Betong kerana disyaki memiliki dadah dalam satu operasi di kawasan Betong, hari ini. Foto: IPD Betong

BETONG: Dua lelaki warga Indonesia masing-masingnya berusia 19 dan 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong kerana disyaki memiliki dadah dalam satu operasi di kawasan Betong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata kedua-dua suspek ditahan sekitar 1.00 tengah hari tadi sebelum dibawa ke IPD Betong untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Betong mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

“Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohamad Ali berkata pihak polis memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan berkaitan dadah.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di Daerah Betong.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Balai Polis Betong di talian 083-472345 bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SPRM buka tiga kertas siasatan berhubung isu IJM Corporation
Next: Polis Padawan tahan lelaki 37 tahun, rampas 5.5 gram syabu di Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.