Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keselamatan awam keutamaan MBKS: Wee Hong Seng tinjau rumah terjejas
  • Selatan
  • WILAYAH

Keselamatan awam keutamaan MBKS: Wee Hong Seng tinjau rumah terjejas

Utusan Sarawak 6 hours ago
INSIDEN yang berlaku pada 12 Februari itu menyaksikan struktur kren di sebuah tapak pembinaan tumbang lalu jatuh ke atas bahagian bumbung dua rumah di Lorong Stutong Baru 4, Kuching.

KUCHING: Keselamatan awam adalah keutamaan tertinggi dan tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap pematuhan keselamatan di tapak pembinaan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menegaskan perkara tersebut susulan insiden sebuah kren tumbang yang menghempap dua rumah di Lorong Stutong Baru 4, baru-baru ini.

Menurut beliau, pemaju dan kontraktor wajib mematuhi setiap syarat keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang, terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan kediaman penduduk.

Insiden yang berlaku pada 12 Februari lalu itu menyaksikan struktur kren di sebuah tapak pembinaan tumbang lalu jatuh ke atas bahagian bumbung dua rumah jiran.

Wee yang melawat lokasi kejadian baru-baru ini telah mendapatkan bantuan profesional daripada Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak bagi memastikan proses kejuruteraan dan aspek keselamatan awam ditangani dengan prosedur yang betul.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika melawat ke rumah yang terlibat dalam insiden sebuah kren tumbang yang menghempap dua rumah di Lorong Stutong Baru 4, baru-baru ini.

Dalam lawatan berkenaan, pihak IEM Sarawak memberikan panduan profesional dari sudut tadbir urus kejuruteraan. Mereka menekankan bahawa sebarang penentuan mengenai integriti struktur dan tahap keselamatan rumah terjejas mestilah berdasarkan penilaian rasmi oleh Jurutera Profesional Struktur (PEPC) bebas yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

IEM Sarawak turut menghimbau kepentingan dokumentasi dan pensijilan bagi setiap kerja pembaikan bagi menjamin keselamatan jangka panjang serta pematuhan undang-undang.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, kedua-dua rumah tersebut mengalami kerosakan pada struktur bumbung dan pihak pemaju dilaporkan telah memulakan kerja-kerja pembaikan.

Dato Wee menzahirkan penghargaan kepada IEM Sarawak atas respons pantas mereka dalam membantu mengukuhkan prosedur kejuruteraan demi melindungi kepentingan awam.

MBKS kini menuntut kerjasama penuh daripada pemaju dan semua pihak berkaitan untuk memudahkan siasatan menyeluruh. Beliau juga menegaskan bahawa penduduk yang terjejas mesti diberikan penyelesaian yang adil, telus dan segera.

TINJAU…Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng,Pengerusi IEM Sarawak, Ir Dr Angelia Liew San Chuin dan Naib Pengerusi IEM, Edison Lim Kim Ong ketika membuat tinjauan susulan insiden sebuah kren tumbang yang menghempap dua rumah di Lorong Stutong Baru 4, baru-baru ini.

Pihak MBKS akan terus memantau situasi ini dengan rapi dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Pengerusi IEM Sarawak, Ir Dr Angelia Liew San Chuin; Naib Pengerusi IEM, Edison Lim Kim Ong; Pemangku Setiausaha Bandaraya, Wong Ming Kong serta pegawai-pegawai MBKS.

Continue Reading

Previous: Program MyLesen buka peluang miliki lesen sah
Next: Michael Kong gesa tindakan segera tangani risiko denggi di Tabuan Desa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.