Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program MyLesen buka peluang miliki lesen sah
  • Tengah
  • WILAYAH

Program MyLesen buka peluang miliki lesen sah

Utusan Sarawak 10 hours ago
INFOGRAFIK Program MyLesen Parlimen Julau.

JULAU: Pelaksanaan Program MyLesen di Parlimen Julau membuka ruang kepada lebih ramai penunggang motosikal memperoleh lesen memandu yang sah.

Ahli Parlimen Julau yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata inisiatif tersebut diperkenalkan bagi membantu penduduk luar bandar, khususnya golongan belia, mendapatkan lesen motosikal secara sah melalui proses yang lebih mudah dan tersusun.

“Masih terdapat sebahagian masyarakat di kawasan luar bandar yang belum memiliki lesen memandu disebabkan beberapa kekangan termasuk kos serta kesukaran untuk mengakses pusat latihan memandu.

“Program ini dijangka dapat membantu memudahkan proses permohonan lesen dan memberi peluang kepada mereka yang layak mendapatkan lesen melalui proses tersebut,” katanya ketika dihubungi media.

Tambahnya, program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama akademi memandu tempatan yang bertanggungjawab menguruskan proses pendaftaran serta permohonan lesen bagi peserta yang berminat.

Larry turut menggalakkan penduduk di kawasan Pakan dan Meluan agar memanfaatkan peluang yang disediakan melalui program tersebut demi meningkatkan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

“Permohonan adalah terbuka sekarang dan borang permohonan boleh didapati melalui dua buah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Julau iaitu di Pejabat Pakan dan Julau.

“Apa yang perlu juga adalah isikan borang lampiran A dan B, borang JPJL1 dan bawa kad pengenalan dan gambar saiz saiz lesen berlatar belakang putih.

“Jangan lepaskan peluang ini dan borang permohonan boleh diambil bermula 2 Mac,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Projek RTP perkasa kemudahan pendidikan dan komuniti di Meradong
Next: Keselamatan awam keutamaan MBKS: Wee Hong Seng tinjau rumah terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.