
LIMBANG: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sejumlah RM1 juta bagi projek pembinaan jalan baharu sepanjang 6.5 kilometer menghubungkan Kampung Merambut, Merajang dan Pundut ke jalan utama di kawasan berkenaan.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata ketika ini kampung berkenaan belum mempunyai laluan jalan raya yang lengkap.
“Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi projek ini, JPS Limbang dipilih sebagai agensi pelaksana untuk memastikan pelaksanaannya berjalan teratur, tersusun dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya perkara itu dibincangkan dalam satu mesyuarat bersama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Limbang sebagai agensi pelaksana untuk memastikan pelaksanaannya berjalan teratur, tersusun dan berkesan.
Dr Abdul Rahman menjelaskan selain pembinaan jalan baharu itu, projek itu turut melibatkan kerja penyelenggaraan sistem saliran dan jalan kebun berhampiran bagi meningkatkan aksesibiliti, keselamatan serta mengurangkan risiko banjir.
Oleh Adeng Edrus