Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal
  • SUKAN

All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal

Utusan Sarawak 13 hours ago

Tang Jie-Ee Wei tewas pada pusingan pertama Seluruh England hari ini.

KUALA LUMPUR: Hasrat dua beregu campuran negara untuk melangkah lebih jauh dalam saingan All England 2026 tidak kesampaian apabila kedua-duanya tersingkir seawal pusingan pertama di Utilita Arena Birmingham.

Pasangan profesional negara Jimmy Wong-Lai Pei Jing yang membuka tirai cabaran Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan beregu Taiwan Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan selepas tewas 17-21, 18-21 dalam tempoh 36 minit.

Kekalahan itu merupakan yang kedua buat Jimmy-Pei Jing kepada pasangan sama selepas tumpas pada Masters Jepun 2025.

Turut menerima nasib sama ialah satu lagi beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang tewas buat kali kedua berturut-turut dalam tiga pertemuan kepada gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 41 minit itu, pasangan ranking ke-23 dunia berkenaan bermula dengan baik, namun gagal mengekalkan konsistensi sebelum tunduk 17-21, 19-21.

Sementara itu, tumpuan kini terarah kepada empat lagi wakil Malaysia yang akan memulakan kempen masing-masing awal pagi ini waktu Malaysia iaitu beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei; beregu lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi; serta perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao.

Kejohanan All England 2026 dijadual berlangsung sehingga Ahad ini.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Getafe ranap impian Real Madrid 
Next: Wolves buat Liverpool terduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.