Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rakyat Malaysia antara dua maut nahas helikopter di Filipina
  • GLOBAL

Rakyat Malaysia antara dua maut nahas helikopter di Filipina

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR ini yang diambil dan diterima pada 3 Mac 2026, ihsan laman Facebook Datuk Bandar John Masinsin, menunjukkan bangkai sebuah helikopter selepas ia terhempas di Pililla, wilayah Rizal. Foto AFP

MANILA, Filipina: Seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Filipina maut hari ini apabila sebuah helikopter terhempas di kawasan lapang kira-kira dua jam perjalanan di tenggara Manila.

Helikopter yang membawa lima individu, termasuk dua rakyat Malaysia, terhempas di kawasan berumput dalam sebuah kawasan perumahan di Pililla, pekan kecil di wilayah Rizal, sekitar 7.27 pagi (2327 GMT), menurut pihak berkuasa.

Pegawai polis wilayah Rizal, Ramjae Pangga, memberitahu AFP bahawa dua penumpang, seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Filipina terkorban dalam nahas itu.

Juruterbang pula mengalami kecederaan parah, kata Datuk Bandar Pililla, John Masinsin.

“Tiga mangsa yang terselamat masih dalam keadaan terkejut, terutama juruterbang,” katanya kepada AFP.

“Mereka kini dalam perjalanan ke sebuah hospital tertiari di Metro Manila atas permintaan keluarga masing-masing,” katanya sambil memuji juruterbang kerana berjaya mendaratkan pesawat itu di kawasan perumahan tanpa mencederakan orang awam.

Pangga menambah pendaratan kecemasan itu terpaksa dilakukan kerana enjin helikopter hampir terhenti.

Siasatan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina sedang dijalankan. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump berlindung di resort mewahnya selepas serang Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.