Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DAP Sarawak tampil ramai muka baharu pada PRN akan datang
  • Tengah
  • WILAYAH

DAP Sarawak tampil ramai muka baharu pada PRN akan datang

Utusan Sarawak 8 hours ago
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA….Ling (kiri) pada majlis rumah terbukanya di Pusat Komersial Rejang Park malam tadi.

SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak dijangka menampilkan ramai muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Pengerusinya, Oscar Ling berkata, parti itu kini sedang membimbing serta mempersiapkan calon-calon berpotensi.

“Anda akan melihat banyak muka baharu pada pilihan raya negeri akan datang. Jadi, saya harap para pengundi bersedia untuk melihat ramai muka baharu daripada DAP,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya di Pusat Komersial Rejang Park malam tadi.

Sambutan selama tiga hari yang dianjurkan oleh pusat khidmat beliau itu bermula pada Jumaat.

Ketika ditanya sama ada DAP akan turut bertanding di kerusi Bawang Assan, Pelawan, Bukit Assek dan Dudong pada PRN akan datang, Ling yang juga Ahli Parlimen Sibu menjawab ya.

“Ya, setakat ini perancangan kami masih untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut. Kami sedang menyediakan seseorang (untuk kerusi-kerusi itu).

“Walaupun kami (DAP) bersama (Gabungan Parti Sarawak) dalam Kerajaan Persekutuan, namun di Sarawak kami adalah sebahagian daripada pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas kemungkinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, David Wong, kembali bertanding di kawasan tersebut.

“Perkara itu biarlah jawatankuasa pemilihan kami yang tentukan kerana saya bukan ahli jawatankuasa tersebut. Serahkan kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan,” katanya.

Untuk rekod, pada PRN lalu, Wong yang bertanding atas tiket DAP tewas tipis dengan majoriti 100 undi kepada Datuk Michael Tiang (SUPP-GPS).

Ketika ditanya mengenai peluang DAP merampas semula kubu kuat lamanya di Pelawan dan Bukit Assek, beliau percaya perkara itu masih berkemungkinan.

“Kami masih mempunyai peluang kerana kami aktif turun padang dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Kerja terus berjalan dan saya percaya kami masih ada peluang.

“Walaupun pilihan raya ini mencabar, saya fikir kami boleh berjaya. Dengan sokongan kuat rakyat, kami mampu mencapai matlamat,” katanya lagi.

Ling juga tidak menjangkakan penyertaan DAP bertanding di Dudong akan menjejaskan hubungan di peringkat Persekutuan, memandangkan Parti Demokratik Progresif (PDP) komponen GPS turut menjadi anggota Kerajaan Persekutuan.

“Saya fikir beliau (Presiden PDP, Dato Sri Tiong King Sing) akan memahami bahawa jika kami bertanding (di Dudong), ia kerana kami mempunyai peranan sebagai pembangkang,” ujarnya

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Naik taraf Hospital Sibu langkah penting tangani masalah kesesakan pesakit
Next: Kepimpinan SUPP tekankan perpaduan dan disiplin sebagai asas kekuatan parti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.