Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia kecam keras serangan ke atas Iran, serangan balas terhadap beberapa negara Asia Barat
  • SEMASA

Malaysia kecam keras serangan ke atas Iran, serangan balas terhadap beberapa negara Asia Barat

Utusan Sarawak 13 hours ago
RAKYAT Iran membantah serangan AS dan Israel ke atas Tehran, Iran hari ini.

PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas Iran serta serangan balas berikutnya terhadap beberapa negara di rantau Asia Barat iaitu Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Qatar hari ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa serangan itu melanggar prinsip kedaulatan dan keutuhan wilayah, serta larangan penggunaan kekerasan di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

“Tindakan ketenteraan seperti ini berisiko menambah ketidakstabilan di wilayah yang sudah rapuh dan membahayakan nyawa orang awam.

“Pada saat kritikal ini, semua usaha mesti diambil untuk mengelakkan peningkatan ketegangan dan potensi implikasi yang menjejaskan kestabilan serantau dan membawa kesan global yang lebih luas,” menurut Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Malaysia menegaskan bahawa setiap pertikaian mesti diselesaikan melalui dialog dan diplomasi, dengan menghormati undang-undang antarabangsa sepenuhnya.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi menangani perbuatan ini serta memastikan mereka yang bertanggungjawab diadili mengikut undang-undang antarabangsa.

–Bernama  

Continue Reading

Previous: 55 jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah
Next: Rakyat Malaysia di barat Arab Saudi dinasihat peka perkembangan semasa, kekal tenang 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.