Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan bersama syabu dalam Ops Tapis Khas di Betong
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan bersama syabu dalam Ops Tapis Khas di Betong

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN… Lelaki berusia 31 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh BSJN IPD Betong, semalam. Foto IPD Betong

BETONG: Lelaki berusia 31 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, semalam.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, suspek ditahan di sekitar kawasan Betong kerana disyaki memiliki dadah serta terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan bahan terlarang itu sebelum dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan di pejabat BSJN IPD Betong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan dadah sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

DSP Wan Mohamad Ali menegaskan bahawa pihak polis memandang serius kesalahan berkaitan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah di Daerah Betong diminta menyalurkannya kepada IPD Betong atau menghubungi Balai Polis Betong di talian 083-472345 bagi membantu usaha membanteras jenayah tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Guru sekolah menengah ditahan bantu siasatan kes amang seksual di Bintangor
Next: 12 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.