Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Guru sekolah menengah ditahan bantu siasatan kes amang seksual di Bintangor
  • JENAYAH

Guru sekolah menengah ditahan bantu siasatan kes amang seksual di Bintangor

Utusan Sarawak 4 hours ago
KPD Meradong, DSP Tansli Mering.

BINTANGOR: Seorang guru salah sebuah sekolah menengah di sini telah ditahan oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes amang seksual melibatkan seorang pelajar perempuan.

Penahanan lelaki berusia 39 tahun itu disahkan Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, Deputi Superitendan Tansli Mering ketika dihubungi media, hari ini.

Katanya, tangkapan tersebut dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral tersebut.

“Kes terbongkar selepas pelajar terbabit tidak hadir ke sekolah seperti biasa di mana sebelum itu pihak sekolah mengambil tindakan menjalankan siasatan dalaman.

“Hasil maklumat yang diperoleh, pihak sekolah kemudian memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan salah faham serta mengganggu siasatan pihak polis.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 22 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal di Miri
Next: Lelaki tempatan ditahan bersama syabu dalam Ops Tapis Khas di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.