Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Empat negeri terlibat Sukan SEA, KBS mahu pastikan tiada masalah logistik
  • SUKAN

Empat negeri terlibat Sukan SEA, KBS mahu pastikan tiada masalah logistik

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMMED Taufiq Johari memaklumkan KBS kini memasuki Fasa 1 persiapan atlet dan fasiliti bagi Sukan SEA 2027. Foto hiasan

ALOR SETAR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan tiada masalah logistik yang berlaku sepanjang penganjuran temasya Sukan SEA 2027 memandangkan ia bakal diadakan di empat kluster iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, walaupun perkara itu akan menjadi antara cabaran terbesar penganjuran sukan dwitahunan itu, KBS akan memastikan ia dapat diatur gerak dengan baik.

“Beberapa siri perbincangan dengan Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) telah dibuat dan mereka juga bekerja dengan baik. Kita sekarang sudah masuk Fasa 1, yang mana melibatkan persiapan atlet dan fasiliti.

“Kita akan adakan mesyuarat dengan MASOC untuk tentukan secara akhir berkenaan persiapan dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa berkaitan perkembangan Sukan SEA termasuk team, maskot dan lain-lain,” katanya ketika ditanya mengenai persiapan Sukan SEA tahun hadapan.

Terdahulu awal hari ini, Dr Mohammed Taufiq yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani turun padang bagi program Jelajah Rakan Muda @ Program Sahur Rakan Muda bagi menyantuni dan mengagihkan makanan sahur kepada anggota polis, bomba dan hospital di sekitar Alor Setar. 

Beliau berkata, apa yang paling penting adalah untuk memastikan tiada masalah logistik berlaku kerana ia akan diadakan di empat negeri.

“Kita yakin dengan persiapan rapi yang dibuat, dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, kita mampu buat yang terbaik sebagai penganjur. Sekarang, kita juga sedang dalam proses memuktamadkan berapa sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2027,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mohammed Taufiq berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu kekal fokus membuat persiapan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 31 Mac depan, walaupun masih sedang menunggu keputusan rayuan kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Beliau juga berharap apa juga keputusan yang bakal diterima kelak tidak akan memberi kesan yang dalam terhadap pembangunan bola sepak negara.

“Kita masih sedang menunggu (keputusan), buat masa ini belum ada kenyataan bertulis lagi, tetapi apa juga keputusan yang dibuat nanti, harap itu yang terbaik..keputusan itu penting kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembangunan bola sepak kita, jadi saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya juga berharap agar penyokong bola sepak tanah air tenang menunggu keputusan dan jangan membuat sebarang spekulasi kerana ia boleh mengganggu fokus pasukan kebangsaan,” katanya.

– Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Wolves benam Villa, lebur impian Liga Juara-Juara
Next: Bournemouth terikat, peluang ke Eropah sedikit terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.