Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki termasuk seorang warga emas ditangkap berkaitan kes penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Tiga lelaki termasuk seorang warga emas ditangkap berkaitan kes penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 6 hours ago
TANGKAPAN DADAH… Tiga lelaki termasuk warga emas ditangkap atas kesalahan dadah di Lawas.  

LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan tiga lelaki, masing-masing dua di tepi Jalan Sundar dan seorang di tepi Jalan Trusan, pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun, yang bekerja sebagai buruh, dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Sundar, Lawas. Lelaki itu disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan badan menemui satu keratan tiub straw berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu, dengan anggaran berat 0.12 gram.

Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Meth & Amp. Semakan kesalahan lampau mendapati saspek mempunyai 4 kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu, di tepi Jalan Trusan, Lawas, pada hari yang sama, sepasukan polis menahan seorang lelaki berusia 68 tahun, yang bekerja sebagai buruh, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang barang terlarang. Namun, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Semakan rekod lampau menunjukkan suspek tiada sebarang kesalahan sebelum ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tangkapan ketiga berlaku di tepi Jalan Sundar apabila sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun, penganggur, dalam keadaan mencurigakan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan ke atas suspek tidak menemui sebarang barang terlarang atau dadah.

Namun, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine. Semakan rekod lampau menunjukkan suspek mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bapa campak anak ke dalam parit ditahan, positif dadah
Next: 22 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.