Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MH160 dan MH156 selamat kembali susulan makluman risiko kawasan konflik – Malaysia Airlines
  • NASIONAL

MH160 dan MH156 selamat kembali susulan makluman risiko kawasan konflik – Malaysia Airlines

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangannya, MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL–DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL–JED) pada 27 Februari 2026, telah berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dilencongkan ke Chennai.

Menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini, tindakan itu diambil susulan makluman semasa penerbangan mengenai peningkatan risiko ruang udara dan dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang telah ditetapkan.

Kedua-dua penerbangan itu kini telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).  

“Penumpang yang terjejas diberikan bantuan dengan mengatur penerbangan alternatif dan penginapan hotel, jika perlu,” katanya. 

Menurut syarikat penerbangan itu, situasi berkenaan terus dipantau rapi dan semua langkah yang diperlukan akan diambil untuk memastikan operasi selamat dan dipercayai.

Katanya keselamatan penumpang dan kru penerbangan terus menjadi keutamaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PDRM teliti setiap aspek dakwaan komplot sabotaj negara – KPN
Next: PDRM segerakan siasatan, dedah petualang dakwaan komplot sebotaj negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.