Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Dividen KWSP 6.15%: Pencarum anggap masih kompetitif, harap pulangan lebih mampan
  • BISNES

Dividen KWSP 6.15%: Pencarum anggap masih kompetitif, harap pulangan lebih mampan

Utusan Sarawak 4 hours ago
KADAR dividen 6.15 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 dianggap masih kompetitif oleh majoriti pencarum di Sibu.

SIBU: Pengumuman kadar dividen 6.15 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 dianggap masih kompetitif oleh majoriti pencarum di sini walaupun mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun lalu.

Bagi simpanan konvensional, kadar 6.15 peratus itu melibatkan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM67.1 bilion, manakala simpanan Syariah turut merekodkan kadar sama dengan jumlah agihan RM12.5 bilion.

Meskipun kedua-dua kadar tersebut sedikit menurun berbanding 6.3 peratus tahun lalu, tinjauan Utusan Sarawak mendapati majoriti pencarum masih menganggap pulangan itu kompetitif dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.

JEANIE Rohana Abit.

Menurut Jeanie Rohana Abit, seorang penjawat awam, menyifatkan kadar berkenaan masih berada pada tahap baik dan wajar dihargai.

“Sebagai pencarum KWSP, saya melihat kadar 6.15 peratus ini masih kompetitif walaupun sedikit menurun berbanding tahun lalu. Penurunan kecil itu boleh difahami memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

“Yang lebih penting ialah kestabilan dan keupayaan KWSP mengekalkan pulangan yang mampan dalam jangka panjang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, dividen tahunan tersebut tetap memberi kesan positif kepada simpanan persaraannya kerana membantu meningkatkan jumlah terkumpul dalam akaun.

“Walaupun ia bukan faktor tunggal dalam perancangan kewangan, pulangan seperti ini memberikan keyakinan tambahan untuk merancang masa depan dengan lebih teratur,” ujarnya.

MAXWELL Atan Hillary Saing.

Sementara itu, penjawat swasta, Maxwell Atan Hillary Saing, berpendapat kadar 6.15 peratus masih boleh diterima dan lebih baik berbanding simpanan biasa di bank.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi, kadar ini memadai walaupun tidak terlalu tinggi. Sekurang-kurangnya ada pulangan yang konsisten untuk simpanan hari tua.

“Dividen ini membantu sedikit dalam perancangan kewangan dan menambah pertumbuhan simpanan secara beransur-ansur,” katanya.

Beliau berharap KWSP dapat mengekalkan atau meningkatkan kadar dividen pada masa akan datang agar simpanan pencarum lebih terjamin menjelang persaraan.

ANIJAH Abdul Hadi.

Bagi pekerja sendiri, Anijah Abdul Hadi yang bekerja sebagai tukang jahit, kadar berkenaan turut dilihat masih positif walaupun berlakunya sedikit penurunan.

“Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, 6.15 peratus masih dalam kadar baik. Namun dengan kos sara hidup yang semakin menekan, sudah tentu ramai mengharapkan kadar lebih tinggi untuk simpanan hari tua.

“Sebagai pelaburan jangka panjang, saya masih boleh menambah baik perancangan kewangan dan mempelbagaikan sumber pendapatan demi keseimbangan dan keselamatan masa depan,” katanya.

Beliau turut berharap KWSP mampu terus memberikan kadar dividen yang stabil dan kompetitif selaras dengan pertumbuhan ekonomi, sekali gus meningkatkan keyakinan pencarum terhadap jaminan kewangan selepas bersara.

Tinjauan ini jelas menunjukkan bahawa walaupun berlaku sedikit penyusutan kadar, para pencarum tetap melihat dividen 6.15 peratus sebagai pulangan yang relevan dan mampan dalam landskap ekonomi semasa, dengan harapan pengurusan dana yang berhemah akan terus menjadi keutamaan demi kesejahteraan persaraan rakyat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: IPG diaktifkan di Sabah, Sarawak bagi Februari 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.