Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Caruman sukarela meningkat kepada RM19.2 bilion didorong program i-Saraan
  • NASIONAL

Caruman sukarela meningkat kepada RM19.2 bilion didorong program i-Saraan

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mencatat momentum positif, meningkat kepada RM19.2 bilion pada tahun lepas dengan program i-Saraan menjadi pemacu utama, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Beliau berkata jumlah penerima insentif meningkat 35.9 peratus kepada 720,056 dan jumlah caruman melonjak 50.8 peratus kepada RM4.0 bilion.

“Bilangan ahli sektor formal Malaysia yang mencarum melebihi kadar berkanun melalui i-Topup meningkat 26.0 peratus kepada 229,901.

“Secara keseluruhan, jumlah caruman meningkat 12.3 peratus kepada RM121.5 bilion, disokong oleh pertambahan keahlian, pertumbuhan gaji dan keyakinan yang berterusan terhadap KWSP,” katanya dalam kenyataan susulan pengumuman dividen KWSP 2025 hari ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Keahlian KWSP naik ke 18.1 juta (2024: 16.2 juta), didorong dasar caruman pekerja asing – CEO
Next: PDRM teliti setiap aspek dakwaan komplot sabotaj negara – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.