Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RUU kualiti alam sekeliling 2026 diluluskan, perkukuh hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63
  • NASIONAL

RUU kualiti alam sekeliling 2026 diluluskan, perkukuh hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud. Foto fail BERNAMA

KOTA KINABALU: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat menjadi indikator jelas kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kedudukan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata melalui RUU itu, kuasa pengurusan dan kawal selia buangan terjadual di darat serta dalam perairan negeri diberikan kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Melalui platform Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), perkara berkenaan telah melalui proses rundingan terperinci, penelitian perundangan serta penyelarasan dasar sebelum diterjemahkan dalam bentuk pindaan undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata agenda pemerkasaan MA63 ialah proses berterusan dan pindaan RUU itu adalah antara kisah kejayaan dalam memperkasa hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak di bawah pimpinan Kerajaan MADANI.

Katanya perkara itu antara 29 tuntutan MA63 yang diteliti melalui pelbagai platform rundingan termasuk MTPMA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, persidangan Dewan Rakyat meluluskan RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dengan sokongan majoriti. – Bernama

Continue Reading

Previous: KWSP umum dividen 6.15 peratus (2024: 6.3 peratus) untuk akaun konvensional dan syariah, berjumlah RM79.6 bilion.
Next: Keahlian KWSP naik ke 18.1 juta (2024: 16.2 juta), didorong dasar caruman pekerja asing – CEO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.