Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pendawaian semula Surau As-Syakirin siap dengan kos RM50,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek pendawaian semula Surau As-Syakirin siap dengan kos RM50,000

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAH… Datuk Ding Koung Hiing menyaksikan penyerahan siap projek pendawaian semula Surau As-Syakirin, Skim B, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Projek pendawaian semula Surau As-Syakirin, Skim B yang dilaksanakan dengan kos RM50,000 di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah siap sepenuhnya.

Upacara ringkas penyerahan tapak projek tersebut yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei telah disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Koung Hiing berkata, peruntukan RTP akan terus dimanfaatkan bagi menaik taraf kemudahan asas komuniti, khususnya melibatkan kemudahan keagamaan dan infrastruktur luar bandar.

“Projek pendawaian semula ini dilaksanakan bagi menggantikan sistem pendawaian lama yang telah uzur serta tidak lagi menepati piawaian keselamatan semasa. 

“Usaha ini amat penting bagi memastikan keselamatan para jemaah, mengelakkan risiko litar pintas serta kebakaran, di samping menjamin kelancaran aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang dijalankan di surau tersebut,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Katanya, Surau As-Syakirin bukan sahaja menjadi pusat ibadah, malah berperanan sebagai tempat perhimpunan masyarakat setempat untuk pelbagai aktiviti komuniti.

“Justeru itu, penyediaan kemudahan asas yang selamat dan berkualiti adalah satu keutamaan agar penduduk dapat menjalankan aktiviti dengan lebih selesa dan tenang.

“Peruntukan RTP akan terus dimanfaatkan bagi menaik taraf kemudahan asas di kawasan Meradong,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengadakan lawatan tapak bagi projek RTP 2026 yang melibatkan kerja-kerja pendawaian baharu di Rumah Sadadu Sandom, Sungai Meradong dengan anggaran kos RM58,500.

Katanya, projek tersebut amat penting bagi memastikan penduduk rumah panjang menikmati sistem pendawaian elektrik yang lebih selamat dan teratur.

“Lawatan ini bertujuan untuk menilai keperluan sebenar penduduk rumah panjang tersebut yang memerlukan sistem pendawaian elektrik baharu demi keselamatan dan keselesaan penghuni.

“Projek ini amat signifikan kerana pendawaian yang sempurna dan selamat adalah asas kepada kesejahteraan sesebuah komuniti, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Tegasnya, kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif terus dinikmati oleh rakyat tanpa mengira latar belakang atau lokasi. 

“Kemudahan asas seperti bekalan elektrik yang selamat, sistem pendawaian yang teratur dan infrastruktur komuniti yang baik merupakan antara agenda memperkukuhkan pembangunan luar bandar. 

“Melalui peruntukan RTP yang disalurkan setiap tahun, pelbagai projek kecil tetapi berimpak besar dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Keprihatinan terhadap keperluan akar umbi akan terus menjadi keutamaan dalam memastikan tiada kawasan yang terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah susur 70 meter kejutkan penduduk Rumah Thomas Ringkai
Next: Lori tangki disita, 396 kenderaan diperiksa dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.