Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki dicekup dalam operasi khas, ujian air kencing positif dadah
  • JENAYAH

Tiga lelaki dicekup dalam operasi khas, ujian air kencing positif dadah

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIGA lelaki ditahan oleh pihak polis dalam dua operasi berasingan di Pakan, semalam. Foto IPD Julau

JULAU: Tiga lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Tapis Khas yang dilaksanakan oleh pihak polis di kawasan Pakan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 25 hingga 44 tahun itu ditahan dalam dua tindakan operasi berasingan di sekitar kawasan Pakan sebelum dibawa ke Balai Polis Pakan untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, semasa tindakan pertama, seorang lelaki berumur 44 tahun yang berada dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) telah ditahan semasa rondaan polis dijalankan di Jalan Pakan.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap tubuh badan suspek dan kenderaan yang digunakan tidak menjumpai sebarang barang salah.

“Namun ujian saringan air kencing yang dijalankan kemudian mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan benzodiazepine, ” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Tambahnya, dalam tindakan kedua, pihaknya turut menahan dua orang lagi lelaki tempatan berusia 25 dan 38 tahun dalam keadaan mencurigakan di kawasan pekarangan salah sebuah premis.

“Kedua-dua lelaki tersebut telah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut.

“Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kesemua suspek telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat ditahan kes curi kabel menara telekomunikasi di Bau
Next: Empat warga asing, seorang tempatan ditahan dalam Ops Tapis Khas di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.