Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kongsi Raya Blitz Chess 2026 satukan komuniti berbilang kaum
  • SUKAN

Kongsi Raya Blitz Chess 2026 satukan komuniti berbilang kaum

Utusan Sarawak 15 hours ago
WILFRED Yap bersama tetamu kehormat yang lain menunjukkan poster Kongsi Raya Blitz Chess 2026 yang bakal dianjurkan pada 7 Mac depan.

KUCHING: Persatuan Catur Bahagian Kuching (PCBK) bakal menganjurkan Kongsi Raya Blitz Chess 2026 pada 7 Mac ini bermula 8.00 pagi bertempat di SMK DPHA Gapor.

Kejohanan tersebut dianjurkan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan dengan matlamat menyatukan masyarakat berbilang kaum melalui sukan catur, di samping menyemai semangat perpaduan, mengasah pemikiran strategik serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Dalam perkembangan berkaitan, PCBK turut mengadakan kunjungan hormat kepada Wilfred Yap bagi mempromosikan penganjuran kejohanan berkenaan. Beliau menyambut baik inisiatif tersebut dan menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh perpaduan komuniti melalui sukan minda.

Menurut penganjur, kejohanan ini terbuka kepada semua peringkat umur dan akan dijalankan dalam format tujuh pusingan dengan kawalan masa lima minit ditambah tiga saat increment (5+3). Program dijangka berakhir sekitar 1.00 tengah hari.

Menariknya, hadiah keseluruhan berjumlah sehingga RM1,500 menanti para pemenang, manakala semua peserta akan menerima sijil penyertaan digital.

Yuran penyertaan ditetapkan RM20 bagi ahli PCBK dan RM30 untuk bukan ahli. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Persatuan Catur Bahagian Kuching di Affin Bank (No. Akaun: 1018 0001 1884).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Adrian Chai Pin Jian (013-620 2768), Jim bin Lasang (011-2668 2604), Tan Ai Ting (011-3178 0018), Yap Chin Chin (012-408 6026) atau Dr. Kiing Sie Ying (019-839 7785).

Orang ramai dijemput hadir dan mengambil bahagian bagi memeriahkan penganjuran Kongsi Raya Blitz Chess 2026. Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan: https://forms.gle/5MyV9ye3qC4fJHUj6.

Oleh Norman B

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mulyadi mahu acara tenis berpasukan kekal di Sukan SEA Malaysia 2027
Next: Wolves benam Villa, lebur impian Liga Juara-Juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.