Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ADUN Lingga tinjau projek RTP RM300,000 bina benteng hakisan di Rumah Waine
  • SEMASA

ADUN Lingga tinjau projek RTP RM300,000 bina benteng hakisan di Rumah Waine

Utusan Sarawak 7 hours ago
DAYANG Noorazah semasa meninjau tapak projek RTP bagi pembinaan benteng hakisan di Rumah Waine Jaya, Tanjung Bijat, di sini. Foto: ADUN Lingga

LINGGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor telah meninjau tapak projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM300,000 bagi pembinaan benteng hakisan di Rumah Waine Jaya, Tanjung Bijat, di sini.

Lawatan tersebut turut disertai oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman selaku agensi pelaksana, Tuai Rumah Waine Jaya serta beberapa penduduk kampung bagi melihat sendiri keadaan semasa kawasan yang terjejas akibat hakisan tebing sungai.

Menurut beliau, keadaan tebing sungai yang terdedah kepada hakisan sebelum ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan struktur rumah panjang serta laluan utama penduduk. 

DAYANG Noorazah semasa meninjau tapak projek RTP bagi pembinaan benteng hakisan di Rumah Waine Jaya, Tanjung Bijat, di sini. Foto: ADUN Lingga

Justeru, situasi berkenaan perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan risiko lebih serius pada masa hadapan.

Katanya, pelaksanaan projek benteng hakisan ini amat penting dalam memastikan keselamatan penduduk terus terjamin, di samping melindungi infrastruktur asas yang menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat.

“Projek ini bukan sahaja bertujuan mengawal hakisan, malah memberi jaminan keselamatan jangka panjang kepada penduduk Rumah Waine agar dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa dan tenang,” ujarnya.

Dayang Noorazah turut menegaskan agar projek tersebut dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta disiapkan mengikut jadual bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh komuniti terlibat.

Beliau dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman, Tuai Rumah Waine serta seluruh penduduk kampung atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan projek berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: GPS bayar pampasan tanah RM1.66 juta bagi projek naik taraf jalan RM15.9 juta di Betong
Next: Kempen kutipan minyak masak terpakai perkukuh kelestarian bazar Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.