
LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah melaksanakan Program Lawatan Menyantuni Pesara Polis di Kampung Banting, Lawas, petang semalam.
Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, bersama beberapa pegawai lain, termasuk Inspektor M R Farith Erwandy, SM Sahjinan Mokhtar, SJN Azmi Abdullah, SJN Catherine Supang Padan, SJN Mahani Tassim, SJN Jonathan Siping, serta Dygku Siti Fauziah Awangku Adenan.

Lawatan kali ini bertujuan menyantuni dua pesara, iaitu Encik Hamzah Tek, 76, bekas anggota yang bersara pada 2006 dengan penugasan terakhir di IPD Lawas, dan L/KPL 43786 Sindan Sidek, 81, bersara pada 1993 dengan penugasan terakhir di PGA Miri, Sarawak.

“Program ini bertujuan menyantuni pesara yang telah berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara, selain mengeratkan hubungan silaturahim, bertanya khabar, serta menyampaikan maklumat mengenai bantuan dan kebajikan yang boleh diperoleh daripada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Lawatan ini juga menjadi tanda penghargaan berterusan atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam pasukan, ” kata DSP Liong dalam satu kenyataan media hari ini.
Oleh Adeng Edrus