Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen Derma Darah dan Ikrar Organ sempena Hari Wanita Antarabangsa Ahad ini
  • Utara
  • WILAYAH

Kempen Derma Darah dan Ikrar Organ sempena Hari Wanita Antarabangsa Ahad ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMPEN Derma Darah dan Ikrar Pendermaan Organ.

MIRI: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Miri akan menganjurkan Kempen Derma Darah dan Ikrar Pendermaan Organ sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Ahad ini.

Program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari itu akan diadakan di Aras 3, Pusat Beli-Belah Boulevard Miri.

Menurut kenyataan PBSMM Cawangan Miri, kempen tersebut bertujuan menggalakkan orang ramai yang layak untuk tampil menderma darah serta berikrar sebagai penderma organ bagi membantu hospital dan pesakit yang memerlukan rawatan menyelamatkan nyawa.

“Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan darah dan organ secara sukarela sebagai satu amalan penuh kasih sayang yang mampu memberi peluang kedua untuk hidup kepada mereka yang memerlukan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pendaftaran penderma darah akan dibuka seawal 8.30 pagi dan orang ramai dialu-alukan hadir sepanjang tempoh program berlangsung.

Selain kempen derma darah dan ikrar pendermaan organ, pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan kesedaran kesihatan secara percuma termasuk pendaftaran saringan mamogram, rawatan luka, konsultasi fisioterapi serta saringan pendengaran.

Sehubungan itu, orang ramai diseru supaya bersama-sama menjayakan kempen ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha kemanusiaan serta semangat keprihatinan dan pemerkasaan komuniti.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi PBSMM Cawangan Miri di talian 085-411121 atau WhatsApp 011-54065045.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 25,000 pengunjung disasar hadiri Lan Berambeh Sungkei 2026
Next: Tangki minyak bot mangsa hilang ditemui pasukan SAR Long Sangih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.