Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif syabu dalam Op Tapis Khas IPD Betong
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan positif syabu dalam Op Tapis Khas IPD Betong

Utusan Sarawak 3 hours ago

DITAHAN… Dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 37 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan BSKN IPD Betong, tengah hari tadi. Foto IPD Betong

BETONG: Dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 37 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, kedua-dua suspek ditahan di sekitar kawasan Betong kerana memiliki dadah serta disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Menurut beliau, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Betong bagi tindakan lanjut termasuk menjalani ujian saringan air kencing di Pejabat BSJN.

“Hasil ujian mendapati kedua-dua lelaki terbabit positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis memandang serius kesalahan berkaitan dadah dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah di Daerah Betong diminta menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Betong di talian 083-472345 bagi membantu usaha membanteras gejala berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 13 lelaki ditahan, positif dadah dalam Op Tapis Khas di Bau
Next: Lelaki ditahan disyaki pecah rumah di Batu 9 Jalan Bintulu-Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.