Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga individu positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong
  • JENAYAH

Tiga individu positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Meradong

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIGA suspek yang ditahan dalam serbuan yang dijalankan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menerusi Ops Tapis Khas, semalam. Foto IPD Meradong

MERADONG: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan yang dijalankan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menerusi Ops Tapis Khas, semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia 42, 26 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira 9.25 pagi tadi di sekitar kawasan Daerah Bintangor kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Meradong, suspek kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong untuk tindakan lanjut.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” menurut kenyataan itu.

Semakan rekod lampau mendapati dua daripada suspek masing-masing mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata pihaknya memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah di daerah Meradong diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Bintangor di talian 084-693222 bagi membantu membanteras kegiatan dadah di daerah itu.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek tembak kereta komander AKPS ditahan kurang 24 jam – Saifuddin
Next: Empat sekawan termasuk wanita tumpas dalam Op Tapis khas IPD Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.