Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Premier Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Premier Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri

Utusan Sarawak 6 hours ago
KUNJUNGAN HORMAT… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman rasmi, Kasuma Resort, Petra Jaya hari ini. Foto Astana Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman rasmi, Kasuma Resort, di sini.

Kunjungan tersebut merupakan prosedur rutin yang signifikan sebelum berlangsungnya Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN), selaras dengan amalan dan peruntukan perlembagaan negeri.

Pertemuan itu bertujuan memberi taklimat serta mendapatkan pandangan Tun Wan Junaidi berhubung kertas kerja dan agenda penting yang akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet negeri.

SAMBUT KETIBAAN… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyambut ketibaan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman rasmi, Kasuma Resort, Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Sarawak

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu, kedua-dua pihak turut membincangkan perkembangan terkini pelaksanaan dasar kerajaan Sarawak serta beberapa isu strategik berkaitan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif, sekali gus mencerminkan hubungan erat serta kerjasama kukuh antara institusi Yang di-Pertua Negeri dan barisan kepimpinan eksekutif Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Majlis Perbandaran Padawan anjur cabutan bertuah galak pemilik hartanah bayar cukai
Next: Gangguan bekalan air berjadual di beberapa kampung sekitar Serikin, Stass

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.