Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lubok Antu pergiat usaha pencegahan jenayah komersial, dekati komuniti luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Lubok Antu pergiat usaha pencegahan jenayah komersial, dekati komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 10 hours ago
BSJKD IPD Lubok Antu menganjurkan Program Sembang Santai di SK Skarok dan Rumah Sebeliau, Sebang Asal, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu mempergiatkan usaha pencegahan jenayah komersial menerusi penganjuran Program Sembang Santai di Sekolah Kebangsaan (SK) Skarok dan Rumah Sebeliau, Sebang Asal, semalam.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, program tersebut merupakan inisiatif berterusan polis dalam mendekati komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran terhadap ancaman jenayah komersial yang semakin membimbangkan.

Seramai 39 peserta terdiri daripada golongan belia, dewasa dan warga emas telah menyertai program berkenaan, yang memberi fokus kepada penyampaian maklumat secara santai dan interaktif agar mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Sepanjang sesi berlangsung, pihak polis memberi penerangan mengenai trend terkini jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian yang semakin berleluasa, selain berkongsi fungsi serta peranan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dalam menyiasat dan membanteras kes-kes penipuan.

Orang awam turut didedahkan kepada perkhidmatan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 sebagai saluran segera melaporkan penipuan, di samping penggunaan aplikasi Whoscall dan Portal Semak Mule/CCID Check bagi menyemak nombor telefon atau akaun bank yang mencurigakan.

Selain itu, promosi e-Book Jenayah Komersial melalui kod QR turut diperkenalkan bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi sindiket penipuan terkini secara pantas dan tepat.

Penerangan berhubung risiko serta implikasi menjadi ‘keldai akaun’ juga diberikan sebagai langkah pencegahan awal, khususnya kepada masyarakat luar bandar agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan atau imbuhan wang yang mencurigakan.

Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dan mendapat sambutan serta maklum balas positif daripada para peserta, sekali gus membuktikan komitmen polis dalam memperkukuh kerjasama komuniti bagi mengekang jenayah komersial di daerah ini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SAR hari keenam masih buntu, Igoh Sengaling belum ditemukan
Next: Ular muncul ketika siapkan juadah berbuka, guru cemas hubungi APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.