Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Landasan Padang Terbang Lawas ditutup hingga Jumaat ini
  • Utara
  • WILAYAH

Landasan Padang Terbang Lawas ditutup hingga Jumaat ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
NOTIS PENUTUPAN…penutupan landasan Padang Terbang Lawas bermula hari ini hingga Jumaat menjejaskan ramai penumpang untuk penerbangan pergi dan balik daripada Miri, Ba’kelalan, Bario ke Lawas.

LAWAS: Padang Terbang Lawas yang menjadi landasan pesawat jenis Twin Otter ditutup kepada semua penerbangan bermula hari ini hingga 27 Februari 2026.

Menurut notis yang dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam Daerah Lawas, penutupan itu berikutan landasan berkenaan ditenggelami air sejak malam tadi.

Difahamkan, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan landasan kembali selamat digunakan.

Lawas dilaporkan mengalami hujan renyai-renyai sejak tengah hari semalam hingga awal pagi tadi.

Keadaan cuaca basah berterusan apabila hujan kembali turun sekitar 2.00  petang dan masih berlarutan ketika berita ini dilaporkan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Chap Goh Mei berpotensi jadi produk pelancongan baharu Sri Aman
Next: APM Lubok Antu tangkap ular ‘cincin emas’ dua meter di Stesen Janakuasa Batang Ai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.