Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konflik buaya-manusia, keselamatan rakyat keutamaan SFC
  • Selatan
  • WILAYAH

Konflik buaya-manusia, keselamatan rakyat keutamaan SFC

Utusan Sarawak 10 hours ago
KONTROLLER Hidupan Liar SFC hari ini telah mengadakan sesi libat urus bersama seorang pemburu buaya berlesen yang diberi kebenaran sah untuk melaksanakan pemburuan terkawal di Sarawak. Foto: SFC

KUCHING: Kehadiran buaya di sungai dan kawasan penempatan berhampiran air terus menjadi fokus perhatian strategik Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), terutamanya di lokasi yang merekodkan aduan berulang daripada masyarakat. 

Kebimbangan rakyat terhadap keselamatan mereka di kawasan berisiko ini dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, Kontroller Hidupan Liar SFC telah mengadakan sesi libat urus bersama seorang pemburu buaya berlesen yang diberi kebenaran sah untuk melaksanakan pemburuan terkawal di Sarawak. 

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan kolaboratif bagi memperkukuh operasi pengurusan konflik buaya–manusia secara responsif dan berkesan.

Pelaksanaan tindakan berkenaan dijalankan mengikut prinsip tadbir urus yang ketat, mematuhi peraturan berlesen serta undang-undang sedia ada. 

Objektif utamanya adalah untuk mengurangkan risiko serangan terhadap orang awam, mempercepatkan tindak balas terhadap aduan komuniti, memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, serta mengurus populasi buaya secara berhemah dan mampan selaras dengan prinsip pemuliharaan.

SFC menegaskan bahawa intervensi yang dilaksanakan adalah proaktif tanpa menjejaskan agenda konservasi jangka panjang. 

Pendekatan ini memperlihatkan keseimbangan antara keselamatan awam dan pengurusan hidupan liar yang bertanggungjawab.

Orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan sungai dan segera melaporkan sebarang kehadiran buaya yang mencurigakan kepada pihak SFC supaya tindakan sewajarnya dapat diambil tanpa kelewatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKKK memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan di peringkat akar umbi
Next: Bazar Ramadan Simanggang tarikan semua kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.