Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kumpulan Affin dan MBSB Bank komited RM3.8 bilion untuk pengambilalihan U Mobile
  • BISNES

Kumpulan Affin dan MBSB Bank komited RM3.8 bilion untuk pengambilalihan U Mobile

Utusan Sarawak 5 hours ago
AFFIN Group dan MBSB Bank menzahirkan komitmen pembiayaan sindiket berjumlah RM3.8 bilion bagi menyokong pengambilalihan pegangan kawalan dalam U Mobile, sekali gus mengukuhkan penyertaan domestik dalam sektor telekomunikasi negara. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Affin Group dan MBSB Bank Bhd telah bersama-sama memperuntukkan RM3.8 bilion dalam kemudahan sindiket untuk menyokong pengambilalihan Mawar Setia Sdn Bhd lebih 50 peratus pegangan kawalan dalam U Mobile Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pihak berkata di bawah pengaturan sindiket itu, Affin Group telah memperuntukkan RM2.4 bilion, manakala MBSB Bank telah memperuntukkan RM1.4 bilion.

Mereka berkata, hasil daripada kemudahan itu akan membiayai sebahagian pembelian saham Mawar Setia daripada Straits Mobile Investments Pte Ltd.

“Mawar Setia adalah syarikat pegangan pelaburan Malaysia, ditubuhkan oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

“Pengambilalihan ini dijangka meningkatkan pemilikan Malaysia dalam U Mobile dengan mengurangkan pegangan saham asing dan mengukuhkan penyertaan domestik dalam salah satu pengendali mudah alih dan jalur lebar utama Malaysia, ketika syarikat itu memajukan fasa pembangunan korporatnya yang seterusnya,” kata kenyataan tersebut.

Pengaturan sindiket bermaksud satu pinjaman besar diberikan oleh beberapa bank secara bersama kepada satu peminjam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Affin Group Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pembiayaan itu mengukuhkan kapasiti infrastruktur digital jangka panjang Malaysia dan menyokong fasa pertumbuhan U Mobile seterusnya dengan penyertaan domestik yang lebih mendalam.

“Seiring dengan pelan AFFIN Axelerate 2028 (AX28), kami akan terus menyokong kemajuan ekosistem digital yang selamat dan berskala untuk masa depan negara,” katanya.

Sementara itu, GCEO MBSB Bank Rafe Haneef berkata komitmen RM1.4 bilion bank itu mencerminkan memberi tumpuan kepada urus niaga yang meluaskan ketersambungan digital, lapisan penggerak untuk produktiviti, daya saing dan rangkuman merentasi isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana serta industri. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: LHDN ingatkan pembayar cukai hantar e-Filing tepat masa, elak penalti dan sekatan perjalanan
Next: Rezeki Ramadan: Air tebu segar dan ikan panggang tarikan utama di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.