Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BSJK IPD Meradong giat laksana program pencegahan jenayah komersial di rumah panjang dan sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

BSJK IPD Meradong giat laksana program pencegahan jenayah komersial di rumah panjang dan sekolah

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANTARA pengisian pencegahan jenayah komersial yang diadakan oleh BSJK IPD Meradong. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong terus mempergiat usaha pencegahan jenayah komersial menerusi penganjuran program sesi libat urus dan ceramah kesedaran penipuan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata inisiatif tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai trend terkini jenayah komersial serta langkah pencegahan bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan.

“Program yang telah dilaksanakan adalah sesi libat urus di Rumah Sedadu, Jalan Sumau di Skim B pada 19 Februari lalu dari 10.30 pagi hingga 11.00 pagi.

“Program tersebut dihadiri oleh Sarjan Zaini Abdullah dan Sarjan Edwin Jaul dengan penyertaan seramai 15 penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, katanya, satu ceramah kesedaran penipuan turut diadakan pada semalam dari 1.30 petang hingga 3.30 petang di bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan (SK) St. Augustine (M) Meradong.

“Ceramah tersebut disampaikan oleh Inspektor Rahmat Safei dan Sarjan Edwin Jaul dengan kehadiran seramai 30 guru.

“Program bertujuan memberi penerangan mengenai trend terkini jenayah komersial dan modus operandi terbaharu selain memperkenalkan fungsi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“Program ini memberi penerangan tentang trend terkini jenayah komersil, mengedarkan risalah berkaitan jenis-jenis jenayah komersial serta memperkenalkan fungsiĀ Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) talian 997, aplikasi Whoscall, Portal Semak Mule/CCID Check dan promosi kod QR (E-Book Jenayah Komersial) kepada guru-guru,” katanya.

Katanya, mereka turut diberikan penerangan berhubung penipuan pembayaran menggunakan resit palsu melalui kod QR selain menekankan tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah penipuan atas talian.

“Perkhidmatan seperti NSRC 997, aplikasi Whoscall, portal CCID Check serta platform media sosial rasmi seperti Facebook @CyberAlertRMP dan @JSJKPDRM turut dipromosikan supaya maklumat dapat disebarkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.

“Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik khususnya dalam kalangan guru-guru yang menunjukkan minat untuk berkongsi maklumat E-Book JSJK dengan keluarga, kenalan dan saudara-mara mereka.

“Program ini bukan sahaja membuka minda masyarakat terhadap ancaman jenayah komersial, malah memupuk kepercayaan orang ramai terhadap PDRM dalam usaha membanteras jenayah tersebut,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SCCCI jadi jambatan kukuhkan dasar dan suara industri
Next: MySaveFood Ramadan Mukah selamatkan lebih 160 kg lebihan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.