Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RTP RM100,000 bina sistem perparitan baharu di Kampung Hulu Lingga
  • WILAYAH

Peruntukan RTP RM100,000 bina sistem perparitan baharu di Kampung Hulu Lingga

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah ketika turun padang bersama agensi berkaitan, penghulu serta ketua kaum bagi meninjau tapak projek RTP berkenaan di Kampung Hulu, hari ini. Foto ADUN Lingga

LINGGA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM100,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi melaksanakan pembinaan baharu sistem perparitan di Kampung Hulu, Lingga sebagai usaha menambah baik kemudahan asas penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek tersebut amat penting bagi memastikan sistem saliran di kawasan kampung berfungsi dengan lebih baik serta mampu mengurangkan risiko banjir.

Menurut beliau, pembinaan parit konkrit itu akan menaik taraf sistem saliran sedia ada yang dikenal pasti memerlukan penambahbaikan, khususnya ketika berlakunya hujan lebat.

Beliau berkata demikian ketika turun padang bersama agensi berkaitan, penghulu serta ketua kaum bagi meninjau tapak projek RTP berkenaan di Kampung Hulu, hari ini.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah ketika turun padang bersama agensi berkaitan, penghulu serta ketua kaum bagi meninjau tapak projek RTP berkenaan di Kampung Hulu, hari ini. Foto ADUN Lingga

Katanya, projek tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan sistem saliran dan kawalan air.

Tambahnya, pelaksanaan projek itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk kampung selain membantu memastikan aliran air lebih lancar dan teratur.

Dalam lawatan berkenaan, beliau turut menegaskan bahawa setiap projek RTP perlu dilaksanakan secara telus, berkualiti dan mematuhi jadual yang telah ditetapkan.

Jelasnya, pemantauan berterusan amat penting supaya projek yang dilaksanakan benar-benar memberi kesan positif kepada rakyat.

Pembangunan berterusan seperti ini tambah Dayang Noorazah, jelas memperlihatkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memperkukuh kemudahan asas di kawasan luar bandar demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat setempat.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman serta Ketua Kaum Kampung Hulu Lingga, Abang Rosmazan Abang Majaya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kongsi rezeki, cipta senyuman: Imperial Hotel anjur iftar bersama keluarga yang memerlukan
Next: Projek jalan raya RM103 juta dari Jalan Sungai Nai/Tanjong Gelang ke Kampung Bruit dibina akhir tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.