Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aneka kuih tradisional meriahkan Bazar Ramadan Stadium Terbuka Miri
  • WILAYAH

Aneka kuih tradisional meriahkan Bazar Ramadan Stadium Terbuka Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
PELBAGAI KUIH TRADISIONAL… Antara kuih tradisional yang dijual di bazar Ramadan Stadium Terbuka Miri. Foto Liong Chai Ling

MIRI: Pelbagai jenis kuih tradisional menjadi tumpuan pengunjung di bazar Ramadan sekitar bandar raya ini apabila orang ramai mengambil peluang mendapatkan juadah berbuka puasa.

Tinjauan Utusan Sarawak di Bazar Ramadan Stadium Terbuka,  antara kuih yang mendapat permintaan tinggi ialah seri muka,  tepung pelita, basong pulit,kuih melaka dan bingka ubi yang dijual oleh peniaga tempatan sebaik sahaja bazar dibuka pada sebelah petang.

Meskipun pelbagai kuih moden semakin popular, kuih tradisional terus mendapat permintaan tinggi kerana mengekalkan rasa nostalgia dan nilai budaya tempatan, selain disukai kerana kelazatan serta kepelbagaian tekstur yang unik.

PELBAGAI KUIH TRADISIONAL… Antara kuih tradisional yang dijual di bazar Ramadan Stadium Terbuka Miri. Foto Liong Chai Ling

Seorang pengunjung, Dahlan Ramli, 32, berkata dia gemar membeli kuih tradisional kerana rasanya manis dan lemak serta sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Manakala seorang lagi pengunjung, Jacline Yong, 28, berkata dia suka membeli kuih ingin merasai keunikan juadah Melayu semasa bulan Ramadan.

Bazar Ramadan terus menjadi lokasi pilihan masyarakat untuk membeli juadah berbuka puasa selain menghidupkan suasana kemeriahan Ramadan setiap tahun.

Oleh Liong Chai Ling 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 41 Tuai Rumah, seorang Penghulu terima watikah pelantikan di Bukit Begunan
Next: Kehilangan Igoh Sengaling masih misteri, operasi SAR hari keempat belum temui petunjuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.