Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mangsa kes kecemasan diberi kelonggaran daripada pematuhan etika berpakaian
  • NASIONAL

Mangsa kes kecemasan diberi kelonggaran daripada pematuhan etika berpakaian

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pengadu atau mangsa yang hadir ke balai polis bagi kes kecemasan dan situasi memerlukan bantuan segera diberi kelonggaran daripada pematuhan terhadap etika berpakaian, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata menerusi surat edaran pada 29 Disember lepas, ketetapan memberi kelonggaran itu berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan hak mangsa atau pengadu yang terlibat dalam kes-kes memerlukan tindakan segera dan pertimbangan khas tidak dinafikan.

Beliau berkata antara kes diberikan pengecualian pematuhan etika berpakaian termasuklah kes jenayah, kemalangan jalan raya, ancaman keselamatan serta kes tertentu yang berpotensi mendatangkan tekanan emosi atau trauma seperti rogol, samun, cabul dan keganasan rumah tangga.

“Dalam keadaan sedemikian, kebajikan dan keselamatan pengadu adalah keutamaan dan tidak seharusnya dihalang oleh isu pematuhan etika berpakaian.

“Maklumat berhubung ketetapan tersebut telah disampaikan kepada semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melalui surat edaran Jabatan Pengurusan PDRM bertarikh 29 Disember 2025,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Langkah itu, beliau berkata bagi memastikan pelaksanaan yang seragam, jelas dan difahami oleh semua pegawai terlibat serta berkuat kuasa serta-merta di seluruh negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berhubung cadangan memperkenalkan undang-undang untuk mewajibkan semua balai polis di seluruh negara menerima laporan polis daripada orang awam tanpa mengambil kira keadaan pakaian mereka.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata kementerian berpandangan bahawa arahan pentadbiran yang telah dikeluarkan itu mencukupi dan tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu berkaitan perkara tersebut.

Beliau berkata arahan berkenaan selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2025 mengenai pemantapan pengurusan perhubungan pelanggan sektor awam yang memberi ruang kepada kementerian dan agensi kerajaan menetapkan etika pemakaian bersesuaian mengikut fungsi serta keperluan perkhidmatan masing-masing, khususnya bagi urusan di kaunter dan pejabat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi di perairan Sabah terkuat dalam tempoh 11 tahun – MetMalaysia
Next: RUU hadkan tempoh jawatan PM dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.