Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kasih Sebiji Kurma 3.0 semarakkan Ramadan di Politeknik Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

Kasih Sebiji Kurma 3.0 semarakkan Ramadan di Politeknik Mukah

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGARAH Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Suhaili Aleh (kanan) bersama Timbalan Pengarah Akademik, Iskandar Reduan (kiri), mengagihkan bungkusan kurma kepada warga PMU sempena Program Kasih Sebiji Kurma 3.0 di Foyer Bangunan Pentadbiran, hari ini. Foto PMU

MUKAH: Semangat Ramadan mula dirasai warga Politeknik Mukah Sarawak (PMU) apabila Program Kasih Sebiji Kurma 3.0 kembali dianjurkan di Foyer Bangunan Pentadbiran hari ini, sekali gus meneruskan tradisi tahunan yang sarat dengan nilai kebersamaan dan kasih sayang.

Program anjuran Pusat Islam PMU itu memasuki tahun ketiga penganjurannya dan terus mendapat sambutan menggalakkan.

Pengarah PMU, Suhaili Aleh berkata, inisiatif berkenaan dirangka bagi meraikan bulan Ramadan yang mulia khususnya buat umat Islam, di samping dikongsikan bersama semua warga politeknik.

“Usaha ini direncana bagi meraikan bulan Ramadan yang mulia khusus buat umat Islam dan dalam masa sama dikongsi bersama seluruh warga Politeknik Mukah sebagai tanda kebersamaan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Sebanyak 500 bungkusan kurma telah diagihkan kepada seluruh warga politeknik tanpa mengira kaum dan agama sebagai tanda penghargaan dan semangat perpaduan dalam komuniti kampus.

WARGA Politeknik Mukah Sarawak (PMU) bergambar kenangan sempena Program Kasih Sebiji Kurma 3.0 di Foyer Bangunan Pentadbiran, hari ini. Foto PMU 

Sementara itu, Pengerusi Pusat Islam, Muhammad Azam Ngah memaklumkan kejayaan penganjuran program pada tahun-tahun terdahulu menjadi pendorong untuk ia diteruskan lagi pada tahun ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Akademik, Iskandar Reduan serta Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Sophian Sout yang menzahirkan ucapan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga PMU.

Program seumpama ini diharap terus menjadi wadah menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan keberkatan dalam kalangan warga kampus, sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim antara semua lapisan komuniti politeknik.

Continue Reading

Previous: Sokongan berterusan penting pastikan pembangunan Sarawak terus mampan
Next: Kes Tibi meningkat, DBKU tingkatkan SOP di bazar Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.