Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sokongan berterusan penting pastikan pembangunan Sarawak terus mampan
  • Tengah
  • WILAYAH

Sokongan berterusan penting pastikan pembangunan Sarawak terus mampan

Utusan Sarawak 7 hours ago
 ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk setempat yang meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menegaskan kepentingan sokongan berterusan kepada kepimpinan negeri bagi memastikan pembangunan Sarawak terus mampan.

Katanya, sokongan padu kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat penting bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri terus diperkukuh.

“Kepimpinan Premier Sarawak yang berwawasan telah membawa Sarawak ke arah pembangunan yang lebih pesat, stabil dan inklusif.

“Sokongan penuh kepada pucuk pimpinan Premier Sarawak amat penting demi memastikan pembangunan, kemakmuran dan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang,” katanya ketika menghadiri beberapa majlis sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 di beberapa lokasi, baru-baru ini.

Antara lokasi yang dikunjungi oleh beliau dan isterinya, Datin Kueh Nai Fun adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chiang, SJKC Ming Tee, SJKC Nan Chiew serta kawasan perumahan Jalan Su Tak, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan agama.

Tambahnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk bantuan pendidikan percuma, inisiatif perubatan, pembangunan infrastruktur luar bandar, pembinaan jalan raya dan jambatan serta bantuan khas kepada golongan berpendapatan rendah.

“Pendekatan ekonomi berasaskan sumber tenaga hijau, industri hiliran serta pemerkasaan hak Sarawak melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) turut memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai sebuah negeri yang stabil, maju dan berdaya saing.

“Kita perlu terus bersatu hati dan memberi sokongan padu kepada kepimpinan negeri supaya Sarawak terus maju dan gemilang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sambutan TBC bukan sekadar perayaan, tetapi turut menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Perpaduan kaum, semangat kekitaan dan keharmonian masyarakat adalah tunjang kekuatan Sarawak,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Perpaduan asas pembangunan dan kemajuan Sarikei
Next: Kasih Sebiji Kurma 3.0 semarakkan Ramadan di Politeknik Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.