KUCHING: Seramai 12 pelajar cemerlang bagi peperiksaan awam tahun lepas telah menerima Hadiah Galakan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah diperkenalkan sejak 1977.
Pemangku yang Dipertua Dr. Wan Ali Tuanku Mahdi berkata, tahun itu juga seramai 5,160 pelajar telah dirai dan menerima Hadiah Galakan.
“Dan ramai di antara penerima ini telah mencapai kejayaan terutamanya dalam bidang profesional.
“Kita amat berterima kasih kepada pengasas kita yang telah menubuhkan persatuan ini, kerana melalui persatuan inlah kita dapat memartabatkan orang-orang Melayu dan memastikan orang Melayu maju dalam segala bidang kehidupan, pelajaran, agama dan sebagainya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Galakan 2020 di sini , semalam.
Beliau berkata kini PKMS berhasrat untuk mengekalkan dan memelihara segala pencapaian yang telah dicapai supaya terus menikmati kemakmuran dan kejayaan.
“Jadi kita buat dua pendekatan atau strategi besar iaitu dengan cara penambahbaikan dari segi tahap pembelajaran dan ilmu pengetahuan memalui enam bidang terpilih .
“Dan satu lagi pendekatan strategi ialah mengadakan aktiviti untuk menaikkan moral iaitu meningkakan budi pekerti orang Melayu, bersopan satun tetapi tegas, jujur, suka tolong-menolong dan meningkatkan diri serta mengurangkan masalah sosial yang sekarang kita alami.
“Insya-Allah, kita inginkan untuk generasi Z supaya kurang masalah sosial dan orang Melayu meningkat dari segi pembangunannya dari semua bidang kehidupan,” tegasnya.
Beliau berkata sebagai orang Islam, apabila belajar menuntut ilmu, matlamatnya bukan hanya mengejar kejayaan di dunia ini tetapi juga hendakan kejayaan di akhirat.
“Insya-Allah ini boleh menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat,” ujar beliau.
Oleh Alexandra Lorna