Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pertandingan Pintu Gerbang Hari Raya 2026, tawaran hadiah RM5,000 
  • SEMASA

Pertandingan Pintu Gerbang Hari Raya 2026, tawaran hadiah RM5,000 

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERTANDINGAN Pintu Gerbang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Pusat Khidmat ADUN Kalaka dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan Majlis Daerah Saratok menganjurkan Pertandingan Pintu Gerbang sempena sambutan Hari Raya 2026 bagi memeriahkan suasana perayaan di kawasan Pekan Saratok.

Program tahunan yang dinanti-nantikan itu diadakan bersempena sambutan Hari Raya 1447H/2026M dengan matlamat menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk setempat.

Pertandingan ini mengetengahkan tema ‘Kesyukuran dan Kesederhanaan’ yang selari dengan nilai murni Aidilfitri, selain menggalakkan kreativiti komuniti dalam menghasilkan reka bentuk pintu gerbang yang menarik dan bermakna.

Menurut pihak penganjur, pertandingan berkenaan terbuka kepada semua kampung dan taman perumahan di sekitar Pekan Saratok, sekali gus memberi peluang penyertaan yang menyeluruh kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Inisiatif tersebut juga dilihat sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat melalui aktiviti gotong-royong serta perancangan bersama dalam menyiapkan pintu gerbang masing-masing.

Bagi menghargai usaha dan kreativiti peserta, penganjur menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang dengan johan bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala dan sijil penyertaan.

Naib johan pula akan menerima RM4,000 bersama piala dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga membawa pulang RM3,000 berserta piala dan sijil penyertaan.

Tempat keempat akan menerima hadiah RM2,000 berserta sijil penyertaan, sementara lima penyertaan saguhati masing-masing menerima RM1,500 serta sijil penyertaan.

Penganjuran pertandingan ini diharap mampu mencetuskan suasana kemeriahan menjelang Syawal selain menonjolkan identiti serta keunikan setiap kampung dan taman perumahan yang mengambil bahagian.

Dalam masa sama, ia turut menyokong agenda pembangunan komuniti dan keusahawanan di peringkat tempatan dengan memupuk semangat kreatif serta kerjasama dalam kalangan penduduk.

Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada urusetia pertandingan pada atau sebelum 12 Mac 2026 bersamaan 23 Ramadan 1447H bagi memastikan kelancaran proses penilaian.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dengan menghubungi urusetia pertandingan di talian 019-8449021 (Gapor Ahmad) atau 014-3341342 (Nur Hazirah Kasdi), dan digalakkan menyertai bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak masih tunggu kelulusan Parlimen tambah kerusi DUN kepada 99
Next: Poster tular Bantuan Ramadan, Tuntutan Kredit E-Tunai palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.