Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelan Pembangunan Bukit Assek selesai, tunggu pengumuman Premier Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelan Pembangunan Bukit Assek selesai, tunggu pengumuman Premier Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
CHIENG (enam kiri), Buong Toon (lapan kanan), Wong (empat kiri), Ngieng (lima kiri) dan yang lain merakam kenangan bersama orang ramai yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Bukit Assek, malam tadi.

SIBU: Kesemua tiga peringkat utama bagi perancangan pembangunan semula Bukit Assek telah siap dan diluluskan, dengan pelaksanaannya kini menunggu pengumuman rasmi daripada Premier Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata, pelan induk pembangunan semula tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (SPA) pada Oktober tahun lalu dan ini menandakan satu pencapaian penting bagi projek pembangunan jangka panjang itu.

Menurut beliau, Peringkat Pertama melibatkan Penilaian Risiko Banjir meliputi sekitar 15,784 hektar telah disiapkan sepenuhnya.

“Peringkat Kedua iaitu Pelan Induk Konsep Cloudburst serta pilihan reka bentuk bagi Bandar Sibu yang melibatkan sekitar 2,711 hektar juga telah selesai.

“Peringkat Ketiga, iaitu Pelan Induk Konsep Infrastruktur Bersepadu dan Pembangunan Bandar bagi Bukit Assek yang merangkumi 330 hektar, turut siap dan telah menerima kelulusan SPA pada Oktober tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Bukit Assek yang diadakan di kawasan parkir hadapan Pusat Khidmat SUPP Bukit Assek di sini, semalam.

Tambahnya, dengan kelulusan bagi ketiga-tiga peringkat tersebut, pelaksanaan pembangunan semula Bukit Assek dapat digerakkan secara lebih tersusun dan menyeluruh.

Chieng turut memaklumkan bahawa pelan induk berkenaan dicadangkan oleh sebuah syarikat perunding antarabangsa dan telah diterima oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Beberapa sesi perbincangan juga telah diadakan bersama Premier Sarawak memandangkan skala projek ini yang besar dan signifikan,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, satu pameran awam akan diadakan selepas pengumuman rasmi dibuat bagi memberi penerangan terperinci kepada penduduk mengenai keseluruhan pelan pembangunan, termasuk perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang serta kawasan yang terlibat.

Katanya, tarikh pengumuman rasmi akan ditentukan oleh Premier Sarawak.

Hadir sama Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong, Presiden Persatuan Gabungan Cina (UCA) Sibu Ngieng Hock Teck serta tetamu lain.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Ops TBC 2026: JPJ Sibu hulur bantuan kenderaan rosak di Jalan Sibu-Kanowit
Next: Tiong Sii tegaskan pembangunan Sarikei untuk semua kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.