Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majma’ Raya Fes 2026 himpunkan 138 usahawan, galakkan ekonomi komuniti
  • TEMPATAN

Majma’ Raya Fes 2026 himpunkan 138 usahawan, galakkan ekonomi komuniti

Utusan Sarawak 7 hours ago
RASMIKAN… Anak Premier Sarawak, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir bagi merasmikan Majma’ Raya Fes 2026, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kompleks Islam Sarawak terus memainkan peranan sebagai hab ekonomi dan pembangunan komuniti apabila menganjurkan Majma’ Raya Fes 2026 yang menghimpunkan 138 gerai usahawan tempatan sepanjang Ramadan sehingga malam Aidilfitri.

Penganjuran festival berkenaan bukan sahaja merancakkan suasana menjelang Aidilfitri, malah menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi mikro khususnya dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana yang bergantung kepada musim perayaan untuk meningkatkan jualan serta pendapatan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh anak Premier Sarawak, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha serta Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Sementara itu, Datu Abg Mohd Shibli berkata, festival itu menyediakan platform strategik kepada usahawan baharu dan sedia ada untuk memasarkan produk seperti pakaian, kuih-muih, aksesori dan kelengkapan Aidilfitri.

RASMIKAN… Anak Premier Sarawak, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir bagi merasmikan Majma’ Raya Fes 2026, hari ini. Foto UKAS

Menurut beliau, sambutan penyertaan amat menggalakkan walaupun berdepan persaingan daripada penganjuran bazar lain di sekitar Kuching, sekali gus membuktikan Majma’ Raya Fes kekal relevan dan menjadi pilihan masyarakat.

“Inilah peluang untuk memberi pendedahan kepada usahawan kita, sama ada yang baharu mahupun berpengalaman.

“Mereka memasarkan produk bersesuaian dengan keperluan Aidilfitri dan Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat baik,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian.

Beliau menambah, festival yang berlangsung dari awal Ramadan hingga malam Raya itu memberi impak langsung kepada peningkatan jualan dan keuntungan peniaga, sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup serta memperkukuh ekonomi keluarga.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak laksana 11 Bazar Ramadan Rahmah tawar juadah RM5 bantu rakyat
Next: Bazar Ramadan Stutong lambang perpaduan, 700 bekas bubur lambuk diagih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.