Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 300 penduduk terima bantuan sayur, buah
  • TEMPATAN

300 penduduk terima bantuan sayur, buah

Utusan Sarawak 5 years ago

ADENG IDRUS

LIMBANG: Lebih 300 penduduk kampung di DUN Batu Danau menerima agihan bantuan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan daripada Pejabat Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan Limbang fasa kedua.

ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang menjelaskan,   Sarawak melalui Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED), dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) membeli lambakan hasil yang tidak dapat dijual secara borong daripada petani seperti pekebun sayur dan buah-buahan tempatan di DUN Batu Danau.

Pihak Kerajaan Sarawak komited membantu golongan pekebun dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada penduduk kampung untuk menikmati bekalan sayur-sayuran segar dan buah-buahan tempatan semasa arahan PKP ini.

Malahan, inisiatif ini dapat membantu pekebun untuk menjana pendapatan, sumber kewangan dan meringankan beban ekonomi mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah PKP.

Paulus menyatakan demikian pada majlis penyerahan bantuan topeng penutup mulut percuma kepada setiap tuai  rumah bagi   kawasan Kubong, Hulu Pandaruan, Limbang.

Menurutnya lagi, berbagai bantuan prihatin ini dinikmati oleh hampir segenap lapisan masyarakat tanpa mengambil kira perbezaan ideologi politik, taraf ekonomi dan sosial.

Continue Reading

Previous: Golonan asnaf Parlimen Igan terima bantuan
Next: Ibu bapa setuju anak terkandas dibenar pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.