Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • BLACKPINK jadi artis pertama capai 100 juta pelanggan di YouTube
  • GLOBAL

BLACKPINK jadi artis pertama capai 100 juta pelanggan di YouTube

Utusan Sarawak 8 hours ago
BLACKPINK kini menjadi artis rasmi pertama yang mencapai 100 juta pelanggan di YouTube.

SEOUL: Kumpulan gadis K-pop BLACKPINK mencapai 100 juta pelanggan di YouTube, menjadikannya saluran artis rasmi pertama yang mencapai pencapaian itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut platform perkongsian video global itu dan YG Entertainment, label kumpulan berkenaan, pada Sabtu, BLACKPINK mencapai kejayaan itu sekitar 7.00 malam pada hari sebelumnya, kira-kira sembilan tahun lapan bulan selepas melancarkan saluran mereka Jun 2016. Saluran itu kini menyiarkan 648 video.

Untuk meraikan pencapaian itu, YouTube berkata ia menghadiahkan BLACKPINK dengan Anugerah Pencipta Berlian Merah.

“Kumpulan wanita dinamik BLACKPINK telah mendapat pengiktirafan antarabangsa di YouTube melalui lagu-lagu mega mereka dan persembahan yang hebat,” menurut YouTube di blog rasmi mereka.

“Kumpulan ini terus menaikkan standard di YouTube, meneroka cara baharu untuk berhubung dengan peminat mereka,” tambahnya.

BLACKPINK kini menjadi artis rasmi pertama yang mencapai 100 juta pelanggan di YouTube.

Pada Julai 2020, kuartet K-pop itu menjadi artis bukan berbahasa Inggeris pertama yang memasuki lima teratas bagi pelanggan YouTube. Ia kemudian mengatasi bintang pop global, termasuk Ariana Grande, Eminem, Ed Sheeran, Marshmello dan Justin Bieber, untuk menduduki tempat No. 1 di seluruh dunia September 2021, kedudukan yang terus dipegang hingga kini.

BLACKPINK mempunyai sembilan video, termasuk Ddu-du Ddu-du dan Kill This Love, dalam Kelab Bilion Tontonan YouTube. Kumpulan ini juga memiliki tiga daripada 10 video muzik paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam selepas pelancaran.

Menurut YG, BLACKPINK mempunyai 50 video dengan tontonan melebihi 100 juta, manakala jumlah tontonan saluran telah melebihi 41.1 bilion. Kumpulan ini diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinnesssebagai kumpulan muzik paling banyak ditonton di YouTube.

Saluran ini memperoleh lebih 3.3 bilion tontonan sepanjang tahun lalu, dipacu oleh minat yang meningkat menjelang pelancaran EP ketiga mereka, Deadline, yang dijadual keluar pada Jumaat depan. Sejak memuat naik video pengumuman mengenai keluaran baharu itu 15 Januari, saluran ini memperoleh kira-kira 10,000 pelanggan baharu setiap hari.

“Di platform yang membentuk aliran muzik global, bilangan pelanggan adalah penunjuk peminat setia,” kata YG dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa asas peminat BLACKPINK terus berkembang walaupun sudah termasuk antara kumpulan terbesar di dunia. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Makam berusia lebih 1,000 tahun ditemui di Panama
Next: Lima maut, 20 hilang selepas bot migran karam di selatan Pulau Crete, Greece

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.